Sunday, August 12, 2007

SURAT PKGPBM KEPADA MDeC

Puan Faridah,

Lanjutan perbincangan antara puan dan saya di MDeC pada Jumaat, 10 Ogos 2007,
berikut adalah gambaran lebih lanjut mengenai cadangan perjawatan Guru Penyelaras
Bestari Cemerlang di Sekolah Bestari Perdana.

Jawatan Guru Penyelaras Bestari (GPB) dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan awam
(JPA) melalui waran perjawatan yang dikeluarkan pada tahun 1999 bersempena dengan
Projek Rintis Sekolah Bestari. Jawatan GPB adalah jawatan baru yang diwujudkan di
sekolah bestari atas norma 'over' dan 'above' yang membawa maksud penyandang jawatan
ini tidak termasuk dalam perkiraan norma perjawatan guru yang diterima pakai (1.5
guru per kelas) pada waktu itu. Jawatan ini adalah jawatan yang diwujudkan untuk
menguruskan hal ehwal pengurusan infrastruktur ICT dan lain-lain perkara yang
berkaitan dengan Projek Rintis Sekolah Bestari. Penyandang jawatan ini dipilih oleh
pihak sekolah dan dilantik oleh Bahagian Sekolah tanpa mengira kelayakan ikhtisas.
Syarat paling penting pada ketika itu ialah mempunyai minat yang mendalam dalam hal
ehwal ICT dan mempunyai pengetahuan untuk menguruskan permasalahan ICT di sekolah
bestari rintis.
Projek Rintis Sekolah Bestari telah lama berlalu dan pada masa kini, Kementerian
Pelajaran giat memfokus ke arah pelan pembestarian sekolah. Jawatan GPB di seluruh
negara masih kekal dengan angka keramat '88'. Setelah 7 tahun berlalu, jawatan ini
masih lagi berstatus sama seperti tahun pertama ianya diperkenalkan dimana
penyandang jawatan ini tidak mempunyai laluan kerjaya yang baik untuk melangkah maju
ke hadapan memandangkan mereka bukanlah 'guru' dalam erti kata yang sebenar dan
tidak layak untuk dicalonkan/mencalonkan diri sebagai Guru Cemerlang (GC) yang hanya
terbuka untuk guru yang mengajar subjek sahaja.

70 % daripada 88 orang GPB Sekolah Bestari Rintis masih lagi setia dengan jawatan
ini di skeolah masing-masing untuk mengemudi dan merealisasikan hasrat kerajaan
untuk membestarikan sekolah walaupun menempuh pelbagai ranjau dan halangan berduri
sama ada diperingkat sekolah mahupun kerana sebab-sebab lain seperti infrastruktur
yang usang, implemantasi projek baru yang menimbulkan masalah seperti School Net dan
Kaspersky Anti Virus serta kegagalan WSMS memenuhi keperluan guru dan sekolah.

Perjawatan ini merupakan perjawatan yang unik kerana menghimpunkan semua pihak yang
mempunyai gred dan kelayakan ikhtisas yang berbeza. Sebahagian bergred 48 (KUP) , 44
(KUP), 41 , 32 (KUP) dan juga 29. Disamping itu, seorang GPB baru sahaja menamatkan
perkhidmatan selepas bersara daripada perkhidmatan awam dan seorang lagi meningggal
dunia dalam jawatan disamping berpuluh-puluh yang lain meninggalkan jawatan ini
untuk menjadi 'guru' yang sejati.

Sehubungan itu, demi untuk memartabat dan meningkatkan status Sekolah Bestari
Perdana, adalah wajar kiranya soal laluan kerjaya GPB diambil kira oleh semua pihak
yang berkepentingan dalam merangka hala tuju Sekolah Bestari/ Pembestarian Sekolah
yang seterusnya. Cadangan kami adalah seperti berikut :-

MEWUJUDKAN KATEGORI GURU PENYELARAS BESTARI CEMERLANG yang setara dengan perjawatan
GURU CEMERLANG SUBJEK yang sedia ada sekarang.

Terma Perjawatan yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

Untuk GRED 32/44

- Pengalaman berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Siswazah selama 7 tahun di Gred
29/41.
- Telah disahkan dalam jawatan.
- Telah disahkan laporan pengisytiharan harta.
- Pengalaman sebagai Guru Penyelaras Bestari di Sekolah Bestari selama 5 tahun. (2
tahun + 5 tahun).
- Mendapat Laporan Nilaian Prestasi yang cemerlang dalam tempoh 3 tahun kebelakangan.
- Telah lulus PTK .
- Lulus Tapisan Keutuhan BPR.

Untuk ke Gred 48 (KUP)

- Berkhidmat sebagai GPB selama 4 tahun berturut-turut dalam Gred 44 (KUP).
- Lulus PTK.

Untuk ke Gred 52 (KUP)

- Berkhidmat sebagai GPB selama 4 tahun berturut-turut dalam gred 48 (KUP).

Untuk ke Gred 54 (KUP)

- Berkhidmat sebagai GPB selama 4 tahun berturut-turut dalam gred 52 (KUP).

Untuk ke Gred Khas C (KUP)

- Berkhidmat sebagai GPB selama 3 tahun berturut-turut dalam gred 54 (KUP).

Semoga cadangan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak MDeC untuk
dijadikan sebagai sebahagian polisi dalam Program Pembestarian Sekolah.

Saya yang benar,

(AB AZIZ BIN MAMAT)
Presiden Penaja
Persidangan Kebangsaan Guru Penyelaras Bestari Malaysia (PKGPBM)

Friday, June 1, 2007

SASARAN ***** 2007

Senarai Sasaran 47 Sekolah Bestari dengan Ranking 5 STAR bagi Tahun 2007

Bil. Nama Sekolah Catatan
Perlis
1. SMK DERMA
Kedah
2. SMK SULTAN BADLISHAH
3. SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA
4. SMK AGAMA BALING
Pulau Pinang
5. SMK ABDULLAH MUNSHI
Perak
6. SMK CLIFFORD
7. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
8. SMK KING EDWARD VII
9. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
10. SM SAINS TELOK INTAN
Kuala Lumpur
11. SMK VICTORIA
12. SMK TAMAN TUN DR. ISMAIL
13. SMK SERI BINTANG UTARA
14. SK SERI BINTANG UTARA
15. SMK SERI BINTANG SELATAN
16. SK SERI BINTANG SELATAN
17. SMK AMINUDDIN BAKI
Selangor
18. SMK PUTRAJAYA 1
19. SK PUTRAJAYA 1
20. SK PUTRAJAYA 2
21. SMK KUALA KUBU BHARU
22. SMS KUALA SELANGOR
23. SMK SUNGAI PUSU
24. SMK SUNGAI BESAR
Negeri Sembilan
25. SEKOLAH DATUK ABDUL RAZAK
26. KOLEJ TUNKU KURSHIAH
27. SMK (FELDA) BANDAR BARU SERTING
28. SM (A) PERSEKUTUAN LABU
Melaka
29. SM SAINS MUZAFFAR SHAH
Johor
30. SMK DATO' SRI AMAR DI RAJA
31. SMK TUN HABAB
32. SEKOLAH TUN FATIMAH
33. SMK AGAMA SEGAMAT
34. SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM
35. SM SAINS KOTA TINGGI
Pahang
36. SMK SERI PEKAN
37. SMK AGAMA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN
38. SMK ABDUL RAHMAN TALIB
Terengganu
39. SM (SAINS) DUNGUN
Kelantan
40. SMK (A) NAIM LIL-BANAT
41. SMK DATO' AHMAD MAHER
42. SM SAINS TENGKU MOHAMMAD FARIS PETRA
Sabah
43. SM SAINS BERASRAMA PENUH SABAH
44. SMK ELOPURA
Sarawak
45. SM SAINS MIRI
46. SMK BAHASA MALAYSIA
47. SM SAINS KUCHING
SELAMAT MAJU JAYA!!! Sila baca email BTP terkini berhubung Instrumen pemantauan untuk urusan upgrading perkakasan secepat mungkin.

HARI KELUARGA GPB MALAYSIA

Cadangan untuk mengadakan HARI KELUARGA GPBM di lokasi berikut :
1. Cameron Highlands
2. Perkhemahan di Hulu Selangor.
Aktiviti ini akan melibatkan keluarga (isteri/suami & anak-anak(bagi yg dah kahwin la, yang masih solo boleh bawa mak/ayah/adik kakak.
Butiran lanjut masih dalam perbincangan. Cadangan dialu-alukan.

Wednesday, May 23, 2007

BINA BLOG

Semua GPB digalakkan membina blog sekolah sendiri untuk dilinkkan di blog ini. Sila hubungi JK untuk dapatkan ID dan psd supaya urusan linking dapat dibuat sendiri. Jika masih menghadapi masalah sila hubungi 0136022095. Harap maklum.

CADANGAN PROGRAM UNTUK GPB

Sila beri cadangkan latihan yang GPB perlukan. JK akan kemukakan kepada BTP. Kerjasama amat dihargai. Sila gunakan butang comments.Terima kasih.

MAKLUMAT PKGPBM 2007

JAWATANKUASA PENAJA
PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU PENYELARAS BESTARI MALAYSIA

BIL NAMA JAWATAN SEKOLAH
1 En.Abdul Aziz Mamat Pengerusi Sek.Seri Puteri
2 Tn Syed Hassan Syed Mohamad Naib Pengerusi 1 SMK Kuala Kubu Bharu
3 Tn Hj Abdul Rahim Idris Naib Pengerusi 2 SM Dato Ahmad Maher
4 En Mohd Shukor Md Idris Naib Pengerusi 3 SMK Tenom
5 Pn Tan Ki Kan Nee Wee Siu Hiang Wakil ITC Wanita SMK Victoria
6 En Norhaizul Muhammad Setiausaha Kolej Tunku Kurshiah
7 Pn Marzila Mohamed Bendahari Bendahari SMK (P) Sri Aman
8 En Mohd Shohimi Abdul Halim AJK SMK (F) Bandar Baru Serting
9 En Nordin Yahya Wakil Zon Utara SMK Derma
10 En Rahim Omar Wakil Zon Tengah SK Seri Bintang Utara
11 En Zazali Mohamad Wakil Zon Timur SM Sains Dungun
12 En Muhammad Zawawi Md Noordin Wakil Zon Selatan Sek Tun Fatimah
13 Cik Siow May Yun Wakil M’sia Timur SMK Labuan

Untuk contact numbers, sila rujuk BUKU HITAM BTP. Terima kasih.

Tuesday, May 22, 2007

Pengenalan

Blog ini dibina untuk memberi ruang kepada semua Guru Penyelaras Bestari Sekolah Bestari SeMalaysia meluahkan apa saja yang berbuku di hati. Luahan perasaan anda akan dikaji oleh JK yang telah dilantik untuk dibawa ke atas demi kebaikan dan kejayaan Sekolah Bestari SeMalaysia.Jangan lepaskan peluang! Jadikan rutin harian untuk tengok blog ini setiap hari dan beri komen kepada isu-isu yang akan dibangkitkan. Selamat kepada anda semua. "GPB penjana modal insan terbilang! Terima Kasih GPB!"